Joel Kinnaman dituduh merogol

Aktor Hollywood dan bintang filem Suicide Squad sebagai Rick Flag, Joel Kinnaman kini di bawah penyiasatan pihak berkuasa di atas tuduhan pemerkosaan di Sweden.

Dipetik dari THE SUN, aktor ini mendakwa tuduhan itu datang dari seorang wanita bernama Gabriella Magnusson, yang obses dan ingin membalas dendam atas perintah penahanan.

Menerusi Instagram, aktor ini menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh Gabriella yang juga seorang model serta tampil mempertahankan dirinya.

Aktor ini turut memberitahu bahawa beliau telah memfailkan restraining order terhadap wanita yang telah mengancamnya ‘secara fizikal, keluarga, dan orang yang tersayang’.

Aktor ini mendakwa Gabriella telah menuntut wang bagi Hollywood Connection, pertolongan Visa untuk mendapatkan pekerjaan, laman Instagram, laman Wikipedia, dan penggambaran dengan Sports Illustrated, AS$400,000 untuk sebuah apartmen serta banyak lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabriella tampil membidas dakwaan Joel di laman Instagram dan meminta aktor tersebut untuk berhenti obses padanya.

“Joel berhenti obses dengan saya! Bukan saya yang menghantar gambar kemaluan dan video ketika anda mempunyai seorang isteri,” jelas Bella Davis. – Agensi

Joel Kinnaman kini di bawah penyiasatan pihak berkuasa di atas tuduhan rogol di Sweden. – Agensi