Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joey Daud bincang dengan isteri sebelum terima kerja

    Sibuk dengan jadual kerja sebagai anak seni, pelakon Joey Daud ada cara tersendiri bagi memastikan tugas sebagai seorang suami dan juga ketua keluarga tidak terabai.

    Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 49, berkata, dia dan isteri iaitu pelakon Watie Sadali akan duduk berbincang dan menyusun jadual kerja mereka dengan baik.

    “Syukur saya dikurniakan isteri yang sangat memahami dan tahu menjaga rumah tangga.

    Saya juga ada pembantu peribadi yang akan ikut ke mana-mana jika bekerja. Kalau nak uruskan semuanya sendiri, memang tidak akan jadi,” katanya kepada mStar.

    Joey dan Watie mendirikan rumah tangga pada Disember 2011 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.

    Watie juga banyak membantu menguruskan jadual kerja Joey. – Agensi

    Kedua-duanya mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinan terdahulu.

    Sementara itu, Joey juga bersyukur apabila terus diberi kepercayaan untuk terlibat dalam penggambaran dan juga persembahan pentas meskipun usia semakin meningkat.

    Meskipun banyak menerima tawaran, Joey tidak pernah memilih dan meletakkan harga tinggi dalam dunia lakonan.

    “Saya masih terima tawaran berlakon seperti biasa. Rasa bersyukur kerana merasa diri ini dihargai apabila orang nampak bakat saya dan mahu saya terus berlakon,” jelasnya.

    Joey ditemui ketika sidang media filem Jango yang turut membariskan pelakon lain seperti Khir Rahman, Zha Yaodong dan Chris Tong.

    Jango adalah filem terbitan produksi usaha sama antara Zebra Studio Sdn Bhd dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation dari Hong Kong. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda