Pelakon dan pelawak Joey Daud berkongsi pengalaman berdepan situasi peminat melakukan tindakan kurang sopan dan memaksanya membuat lawak secara tiba-tiba.
Walaupun tidak berkecil hati dengan tindakan peminat itu, namun Joey atau Zulkifli Daud, 52, berkata mereka seharusnya tahu mengenai adab serta batas dalam melakukan sesuatu tindakan.
”Bila saya mengkaji mengenai golongan komedi ni, pada saya la sebenarnya komedi ni kasta rendah, sebab apa saya cakap macam tu, kerana orang akan tegur kita pun dengan cara kurang sopan macam ‘hoi’ saja.
“Pernah kejadian saya pergi kenduri kahwin dengan keluarga, saya siap minta keluarga makan cepat-cepat sebab risau nanti bila sampai mungkin risau tak sempat makan sebab orang nak bergambar… pernah orang cakap ‘hoi’ buat kelakar.
“Bila kita ni pelawak jadi mereka rasa dekat dan sebab tu mereka lakukan macam tu, cumanya kalau boleh tegur cara elok sebab kami pun ada perasaan juga,” katanya kepada mStar. – Agensi
