Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johan fokus bidang perniagaan demi masa depan

    Pelawak dan penyampai radio, Johan memberitahu dia kini memperlahankan karier seninya demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan sedang diusahakan iaitu restoran.

    Berkongsi perkara itu, Johan atau Mohammad Yazid Lim Mohammad Aziz, 41, berkata keputusan itu dibuat bagi persediaan awal sekiranya namanya tidak lagi diterima dalam dunia penyiaran radio mahupun komedi.

    “Saya fikir apa lagi saya nak buat selepas ini kalau saya tinggalkan dunia penyiaran radio, ini antara langkah yang saya ambil dengan wujudkan perniagaan dan antaranya restoran tersebut.

    “Sebenarnya banyak juga langkah dan persediaan lain yang saya lakukan antara lain kolaborasi dengan GGR Motor yang merupakan perniagaan tambahan buat saya, selagi ada rezeki dan duit saya akan usahakan. 

    “Saya memang lebih kepada perniagaan tapi kalau untuk muncul ke depan tu tidak selalu sebab sekarang ni pempengaruh banyak jadi saya bekerjasama juga dengan mereka (TikToker) untuk sama-sama naik,” katanya kepada mStar.

    Dalam perkembangan lain, Johan juga telah bekerjasama dengan GGR Motor menerusi program EV Rider Malaysia 2025 yang kini fokusnya ke arah motorsikal elektrik (EV), selain itu terdapat beberapa artis terlibat iaitu Farid Kamil, Cat Farish, Nabil Ahmad dan Ajak Shiro. – Agensi

    Johan kini memperlahankan karier seni demi memberi fokus kepada perniagaannya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda