Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Johan Qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaaan Tahun 1445H/2024M, Haji Muhammad bin Ali telah berlepas ke Thailand pagi tadi.
Beliau menerima undangan untuk membuat persembahan membaca Al-Quran di Majlis Sambutan Maulid Al-Nabawi di Pusat Pentadbiran Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Daerah Nongchock, Thailand bermula hari ini, 18 sehingga 20 April.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Haji Aziman bin Haji Awang Zaman,
Rombongan disertai bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Pengiran Muhammad Azrin bin Pengiran Jarail, selaku pegawai pengiring.
Majlis berkenaan juga turut mengundang beberapa orang wakil dari negara-negara anggota ASEAN untuk menyertai Tilawah Al-Quran tersebut.
