Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johan qari, qariah diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim yang mewakili Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Dayang Farah Dibba binti Abu Kassim dari Tabung Amanah Pekerja muncul juara qari dan qariah Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran 1445H/2023M bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan yang diungkayahkan oleh Agensi Pelaburan Brunei, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) itu diadakan di Dewan Teater, Bangunan MOFE, hari ini.

    Hadiri selaku tetamu kehormat yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Tempat kedua bagi kategori qari disandang oleh Awang Khairun Nadzereen bin Haji Awang Mohd Daud wakil dari Jabatan Perbendaharaan dan tempat ketiga dimenangi oleh Haji Mohamad Basren bin Haji Bintang dari Bursa Brunei Darussalam Sdn Bhd.

    Manakala, bagi peserta qariah pula, naib johan disandang oleh Dayang Irsyadah binti Haji Yakob dari Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan dan tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Aqilah binti Hassan dari Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik.

    Majlis seumpama ini adalah salah satu aktiviti tahunan MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya untuk menggalakkan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran di samping mengetengahkan bakat-bakat dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, pemangku setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Awang Abdul Wafiy. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua menyampaikan hadiah kepada Dayang Farah Dibba. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda