Monday, December 2, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johan tolak banyak tawaran lakonan

    Pelawak Johan memberitahu dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan filem kerana mahu memberikan komitmen penuh terhadap kerjaya sebagai penyampai radio.

    Kata Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz, 39, dia enggan mengambil risiko sekiranya tidak dapat memberikan yang terbaik apabila berada di lokasi penggambaran disebabkan jadual kerja di stesen radio.

    “Kerja sebagai penyampai radio adalah keutamaan. Saya perlu rehat yang cukup untuk tugas itu. Bagi saya kualiti tidur untuk diri sendiri sangat penting.

    “Disebabkan itu saya enggan bertanggungjawab dengan kerja yang saya rasakan tidak boleh beri komitmen sepenuhnya.

    “Jadi buat masa sekarang saya memang tolak tawaran untuk berlakon,” katanya kepada mStar.

    Johan memberi keutamaan kepada tugas di radio. – mStar

    Johan ditemui ketika sidang media malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) yang turut mengumumkan dia sebagai pengacara.

    Berkongsi tentang rutin harian kerja, penyampai segmen Bekfes Hot di stesen Hot FM ini memberitahu jadualnya akan bermula seawal pukul 4:30 pagi sebelum memulakan tugas pada pukul 6 pagi.

    “Sudah 15 tahun saya bekerja sebagai penyampai radio. Tidur lewat sekali pun, saya tetap akan bangun sekitar pukul 4:30 pagi.

    “Saya akan pastikan tidur awal pada waktu malam. Jika ada program lain pun saya ambil masa tidur sekejap supaya lebih segar.

    “Sebab itu saya susah untuk terima tawaran berlakon filem, tetapi jika perlu untuk muncul di televisyen dalam tempoh waktu yang sekejap mungkin tidak ada masalah,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda