Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Johari juara perlawanan golf amatur senior

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Awang Johari bin Haji Ahmad muncul juara keseluruhan dalam Perlawanan Golf Amatur Senior Pantai Mentiri ke-2 yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri, Kampung Mentiri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz.

    Dalam perlawanan itu, Awang Johari muncul sebagai juara keseluruhan dengan pukul gross berjumlah 146 sepanjang kejohanan berlangsung. Di tempat kedua ialah Awang Suhaimi bin Haji Ibrahim dengan pukulan berjumlah 148 dan tempat ketiga ialah Madan Kumar dengan pukulan gross berjumlah 152 OCB.

    Sementara itu, Hong Kok Seng adalah antara pemenang yang memenangi tempat pertama bagi bahagian nett dengan jumlah 136, Hanafiah Haji Besar di tempat kedua dengan nett berjumlah 142 dan Haji Aminuddin bin Haji Mohd Ali di tempat ketiga dengan nett berjumlah 143.

    Perlawanan Golf Amatur Senior Pantai Mentiri ke-2 berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 Julai dan 3 Julai di mana kejohanan dibukakan kepada ahli-ahli Kelab Golf Pantai Mentiri dan pemain-pemain dari luar negara.

    Kejohanan itu disertai oleh seramai 64 orang peserta senior dan 11 orang peserta super senior.

    Awang Johari juara keseluruhan perlawanan golf tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Para pemenang bagi Senior Gross 36 holes bergambar ramai. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...