Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    John Legend kongsi rahsia bahagia

    PASANGAN Hollywood popular John Legend dan Chrissy Teigen sememangnya dikenali sebagai pasangan suami isteri paling sempurna.

    Dalam satu temubual eksklusif bersama BuzzFeed, penyanyi ini mendedahkan rahsia hubungan rumah tangganya kekal bahagia. Katanya, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh isterinya.

    Selain itu, dia berkata sering menghabiskan masa bersama biarpun kedua-dua mereka sibuk bekerja.

    “Kami sentiasa ada bersama walaupun kedua-duanya mempunyai jadual yang padat. Perkara itu membuatkan kami sering mengingati masa-masa awal percintaan,” ujarnya.

    John Legend dan Chrissy Teigen sememangnya dikenali sebagai pasangan suami isteri paling sempurna.
    John Legend dan Chrissy Teigen sememangnya dikenali sebagai pasangan suami isteri paling sempurna.

    John juga berkata, dia sering melibatkan isteri dan anak-anaknya dalam kerjayanya sebagai artis.

    Kebanyakan lagu-lagu nyanyiannya akan menampilkan isteri dan anaknya sebagai pelakon dalam muzik video lagu tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda