John Textor ambil alih Lyon

LYON, 22 JUN – Presiden kelab Lyon, Jean-Michel Aulas berkata perjanjian telah dipersetujui bersama ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS), John Textor untuk mengambil alih pasukan juara Perancis tujuh kali tersebut, kelmarin.

Eagle Football Holding, syarikat pelaburan sukan yang dikendalikan oleh pemegang saham Crystal Palace, Textor, dijangka akan mempunyai saham terbesar dalam kelab Ligue 1 berkenaan.

Perjanjian itu menyaksikan Textor membeli sebahagian kecil saham Pathe dan IDG Capital – di mana kedua-duanya memegang sebanyak 19.36 peratus dan 19.85 peratus saham dan syarikat Aulas pula memegang sebanyak 27.72 peratus saham. Aulas berkata dia akan terus menjadi presiden kelab tersebut untuk lebih kurang tiga tahun.

“John mahu saya kekal di kelab ini, ia bukanlah satu kewajipan tetapi harapan penyokong dan semua yang terlibat dalam kelab itu,” katanya.

“Lyon dikenali seluruh dunia, dengan penjenamaan yang dikenali di mana-mana, ia adalah kelab ke-20 di dunia, jadi kenapa pula saya muncul di sini dan merubah semua itu,” kata Textor kepada pemberita. – AFP

Jean-Michel Aulas (kanan) dan John Textor semasa sesi bergambar selepas sidang media mengenai pengumuman penjualan pemegang saham terbesar kelab tersebut kepada Eagle Football Holding, di Lyon. – AFP