Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnny Depp buka akaun TikTok, raih 6.9j pengikut

    Selepas hampir seminggu menang kes saman fitnah bekas isteri, Amber Heard, pelakon Johnny Depp membuka akaun TikTok, kelmarin.

    Dia memuat naik video pertama dengan memaparkan lambaian kepada peminat, bermain gitar di atas pentas dan menaip menggunakan mesin taip.

    Akaun pelakon filem Pirates Of The Caribbean tersebut kini meraih 6.2 juta pengikut dalam tempoh 13 jam dibuka.

    Ini mungkin bukan perkara mengejutkan kerana video perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu sering menjadi trend di aplikasi tersebut dan ramai peminatnya menggunakan TikTok untuk menyuarakan sokongan.

    Sebelum lelaki berusia 58 tahun itu memuat naik sebarang kandungan, akaun yang disahkan itu telah menarik hampir 4 juta pengikut.

    Dia juga menyiarkan semula video TikTok di akaun Instagramnya, yang mempunyai 24.7 juta pengikut dan akaun Facebooknya yang mempunyai 13 juta pengikut.

    “Kita telah pergi ke mana-mana bersama-sama, kita telah melihat segala-galanya bersama-sama.

    “Kita telah berjalan di jalan yang sama bersama-sama. Kita melakukan perkara yang betul bersama-sama, semuanya kerana awda mengambil berat,” tulisnya kepada peminat. – Agensi

    Johnny Depp raih jutaan pengikut selepas buka akaun TikTok, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda