Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnny Depp sudah buat rawatan oral

    Selepas teruk menerima kecaman, pelakon Johnny Depp dikatakan telah membuat rawatan oral bagi memperbaiki bahagian gigi yang rosak.

    Menerusi satu video di Instagram ramai mula perasan akan perubahan pada warna gigi Depp yang lebih putih berbanding sebelum ini. Melalui hantaran itu, Johnny dilihat tersenyum sambil berjabat tangan dengan pemilik sebuah gerai.

    Menarik perhatian apabila ramai memberikan komen menyatakan mereka kagum dengan keadaan gigi pelakon yang popular dengan watak Jack Sparrow itu.

    “Nampaknya dia sudah buat sesuatu dengan gigi dia! Nampak sangat cantik sekarang; Adakah benar bahawa gigi dia nampak lebih putih daripada sebelum ini? Wah! gigi dia nampak semakin teratur,” kata mereka.

    Sebelum ini, Johnny pernah digelar pengotor kerana keadaan giginya yang kuning dan mempunyai karang gigi. Ada yang sehingga tidak sanggup untuk melihat gambar tersebut dan berharap supaya aktor itu dapat membuat rawatan secepat mungkin. – Agensi

    Keadaan gigi Johnny Depp yang berwarna kuning (kanan) menjadi bualan peminat.- mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda