Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnny Depp sudah ‘move on’ dengan cinta baru

    Bagaikan sudah sembuh dari trauma, pelakon Johnny Depp dilaporkan sedang menjalinkan hubungan bersama model Yulia Vlasova.

    Memetik laporan Daily Mail, pasangan itu dikatakan sudah dua tahun berhubungan dalam diam.

    Bagaimanapun Johnny berkata hubungan mereka belum ke arah percintaan yang serius.

    “Kami sudah mengenali antara satu sama lain beberapa tahun ini dan kerap meluangkan masa bersama. Tapi kami masih belum bersama secara rasmi,” katanya.

    Tambahan lagi, model berusia 28 tahun itu juga dilihat kerap berkongsi kemesraannya bersama Johnny di Instagram miliknya.

    Malah pasangan ini juga sudah dikatakan sudah mula mempamerkan hubungan mereka kepada orang ramai selepas muncul bersama di lapangan terbang di London.

    Pada Jun 2022, Johnny memenangi kes saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard selepas mendakwa menjadi mangsa dera bekas suaminya itu.

    Amber diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta kepada Johnny kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

    Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny. – Agensi

    Pelakon Johnny Depp dilaporkan sedang menjalinkan hubungan bersama model Yulia Vlasova. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda