Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnny Lever dedah watak Rohan dilakonkan anaknya

    Pelakon dan pelawak Bollywood Johnny Lever mendedahkan bahawa anaknya Jesse Lever merupakan pelakon kanak-kanak di dalam salah satu adegan dalam filem popular Kabhi Khushi Kabhie Gham.

    Menerusi perkongsian Johnny di Instagram, anak beranak itu melakonkan semula adegan yang memaparkan watak Hrithik Roshan Rohan cuba mencari lokasi abangnya Rahul (Shah Rukh Khan) dan isterinya Anjali (Kajol). Johnny memainkan watak seorang penjaga kedai di Chandni Chowk Delhi iaitu Haldiram, manakala Jesse pula memegang watak anaknya, Ghasitaram dalam filem berkenaan.

    “Kira-kira 20 tahun lalu kami merakam adegan istimewa ini dengan Jesse dan para pelakon dari filem Kabhi Khushi Kabhie Gham. Filem arahan Karan Johar itu dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan sebagai watak utama serta penampilan istimewa daripada Rani Mukerji.

    Filem ini akan meraikan ulang tahun ke-20 tayangannya pada 14 Disember.

    Peminat memberi komen positif kepada Johnny di ruangan komen dengan memberikan pujian seperti ‘raja komedi’ dan ‘legenda’. – Agensi

    Johnny dedah anaknya Jesse yang melakonkan watak Rohan kanak-kanak. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda