Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnson bimbang masyarakat dunia lesu ‘isu Ukraine’

    MOSCOW, 19 JUN – Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson kelmarin berkata, lawatan yang tidak dirancang ke Kyiv pada Jumaat lepas adalah demi menzahirkan rasa sokongan London terhadap Ukraine di saat negara-negara lain mula berasa lesu dengan isu itu, lapor Sputnik.

    “Sangat penting untuk melawat Ukraine khususnya di saat kritikal ini.

    “Kami bimbang terhadap kemungkinan masyarakat dunia sudah mula lesu akan krisis yang melanda Ukraine,” Johnson dipetik sebagai berkata dalam siaran televisyen Sky News dari lapangan terbang.

    Perdana Menteri UK itu juga berkunjung ke Kyiv dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy bagi rundingan bantuan ketenteraan.

    Manakala itu, sehari sebelumnya pula, pemimpin Jerman, Perancis dan Itali turut mengadakan kunjungan ke Ukraine untuk bertemu dengan Zelenskyy. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda