LONDON, 31 JULAI – Britain tidak akan mengenakan pemeriksaan fizikal di sempadannya dengan Ireland, janji Perdana Menteri Boris Johnson kepada rakan sejawatan Ireland semalam, sementara menekankan rancangan sekarang untuk sempadan selepas Brexit tidak diterima.
Sempadan di antara Ireland Utara dan anggota EU Ireland akan menjadi sebahagian daripada sempadan luar blok sebaik sahaja Britain meninggalkan Kesatuan Eropah, dan cara ia dikendalikan adalah bersifat kontroversi. Dalam panggilan telefon pertamanya dengan Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar sejak menjadi perdana menteri pada minggu lalu, Johnson menekankan bahawa ‘UK tidak akan mengadakan pemeriksaan di sempadan di Ireland Utara.’
Namun bercakap kepada media selepas itu, beliau mengingatkan melainkan Brussels menggugurkan komitmennya terhadap pelan untuk membuka sempadan, Britain akan meninggalkan EU tanpa perjanjian pada 31 Oktober.
“Jika mereka gagal melakukannya maka adalah jelas kami perlu bersedia untuk keluar tanpa perjanjian,” kata Johnson ketika lawatan ke Wales, menambah: “Ia terpulang kepada EU, ia adalah tuntutan mereka.’
Menghapus pemeriksaan di sempadan dianggap faktor utama dalam membawa keamanan ke Ireland Utara, selepas keganasan bertahun lamanya ke atas kawalan Britain. – AFP
