WASHINGTON, 31 MEI – Johnson & Johnson meminta Mahkamah Agung mengkaji semula perbicaraan AS$2 bilion yang memihak kepada wanita kerana mendakwa mereka menghidap barah ovari selepas menggunakan produk syarikat itu.
Kes tersebut menampilkan sebilangan peguam negara berprofil tinggi, termasuk bekas peguam bebas Kenneth Starr, yang mewakili wanita untuk menuntut Johnson & Johnson. Kumpulan perniagaan terbesar di negara itu menyokong syarikat berkenaan.
Pada dasarnya, Johnson & Johnson berpendapat bahawa syarikat itu tidak mendapat keputusan yang baik dalam perbicaraan di mahkamah negeri di Missouri yang mendapat keputusan awal berjumlah AS$4.7 bilion untuk 22 wanita yang menggunakan produk talkum dan punca kepada barah ovari.
Sebuah mahkamah rayuan negeri memotong lebih separuh wang dari keputusan tersebut dan menyingkirkan dua orang plaintif, tetapi sebaliknya mengesahkan hasilnya dalam perbicaraan di mana peguam untuk kedua-dua pihak mengemukakan kesaksian pakar mengenai apakah produk syarikat itu mengandungi asbestos yang boleh menyebabkan barah ovari.
Setelah itu Hakim Rex M Burlison mencatatkan bahawa bukti dalam perbicaraan menunjukkan ‘tingkah laku yang sangat tercela daripada pihak defendan’.
Bukti, Burlison menulis, termasuk syarikat itu tahu ada asbestos dalam produk yang ditujukan untuk ibu dan anak damit, mengetahui potensi bahaya dan ‘menggambarkan salah mengenai keselamatan produk ini selama beberapa dekad’. – AP
