Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnson juara Terbuka Kanada

    TORONTO, Kanada, 30 Julai – Pemain nombor satu dunia Dustin Johnson bangkit daripada kejutan tersingkir awal pada Terbuka British apabila menang kejuaraan Terbuka Kanada semalam tadi bagi kemenangan ketiganya tahun ini.

    Johnson mencatatkan enam bawah par 66 bagi kemenangan tiga pukulan selepas memulakan pusingan akhir kejohanan Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) di lapangan Glen Abbey itu sebagai pendahulu bersama tiga pemain yang lain.

    “Saya memukul bola dengan sangat baik sepanjang empat hari,” kata pemain AS, 34 tahun itu.

    Ia kejuaraan ke-19 sepanjang kariernya dan hadir hanya seminggu selepas gagal melepasi had kelayakan di Carnoustie.

    Johnson bergambar bersama piala yang dimenanginya pada Terbuka Kanada di Kelab Golf Glen Abbey, kelmarin. – AFP

    “Saya langsung tidak merekodkan keputusan baik di Carnoustie,” katanya. “Pukulan putt saya tidak bagus. Saya berasa tidak memukul bola dengan baik untuk berada di bawah par selepas dua hari dan saya mungkin lima atas par. Ia rekod yang teruk.”

    Johnson berakhir dengan 23 bawah par 265 semalam, akhirnya memecah kebuntuan pada kejohanan yang mana dia sekadar muncul naib juara pada 2013 dan 2016.

    Pemain Korea Selatan, Kim Whee dan An Byeong Hun berkongsi tangga kedua selepas kedua-dua mereka mencatatkan 69. Mereka dan Kevin Tway terikat sebagai pendahulu bersama Johnson selepas 54 lubang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda