Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnson: Masih terlalu awal tarik balik sekatan

    LONDON, 27 APRIL – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada hari ini berkata masih terlalu awal untuk menarik balik sekatan pergerakan, lapor agensi berita Anadolu.

    Beliau yang muncul buat kali pertama sejak pulih daripada penyakit COVID-19, berkata terdapat tanda-tanda ‘kita sudah melepasi waktu puncak’ dan United Kingdom (UK) kini berada pada titik ‘risiko maksimum’.

    “Banyak akan diperkatakan mengenai sekatan pergerakan dalam beberapa hari akan datang,” kata Johnson.

    Katanya, kerajaan hanya akan menarik balik sekatan pergerakan apabila benar-benar pasti gelombang kedua tidak akan muncul. “Saya tidak mahu mengetepikan semua usaha yang dibuat selama ini dan mengorbankan rakyat Britain. Saya tahu ia sukar. Saya sedaya upaya mahu memulihkan ekonomi secepat mungkin,” katanya.

    Pihak berkuasa kesihatan Britain semalam mengumumkan jumlah kematian di UK meningkat seramai 413 orang dalam tempoh 24 jam lalu, kenaikan harian terendah bulan ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda