Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnson: Pemain akan terbiasa main dalam stadium kosong

    LOS ANGELES, 10 APRIL – Magic Johnson berkata jika NBA mungkin disambung pada musim ini ia akan diadakan tanpa kehadiran penyokong dan pemain tidak akan ada masalah menyesuaikan diri bermain dalam stadium yang kosong.

    Bekas legenda NBA dan pemilik bersama pasukan besbol Los Angeles Dodgers melihat ada sedikit harapan dan berkata ia memerlukan satu perlawanan untuk pemain membiasakan bermain tanpa peminat di dalam bangunan.

    “Jika NBA kembali tanpa peminat. Sebaik sahaja anda bermain tanpa peminat anda akan terbiasa untuk bermain tanpa peminat di sana,” Johnson memberitahu penyiaran Amerika Syarikat, CNN kelmarin.

    “Kita semua pernah bermain dalam hidup kita di taman permainan dan bermain tanpa kehadiran penyokong di sana. Jadi pemain bola keranjang akan terbiasa, percaya cakap saya.”

    Johnson, yang merupakan bekas presiden Los Angeles Lakers, berkata apabila sukan profesional kembali ia akan membantu negara untuk sembuh di tengah-tengah epidemik koronavirus, yang mana setakat ini telah membunuh lebih dari 94,000 orang di seluruh dunia, termasuk 16,600 orang rakyat AS dan lebih dari 500 orang rakyat Kanada. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda