Wednesday, March 22, 2023
23.4 C
Brunei

-

Johnson umumkan 30,000 pekerjaan ‘hijau’

LONDON, 19 OKT – Syarikat gergasi tenaga boleh dibaharui dari Sepanyol, Iberdrola komited untuk melabur 6 bilion pound untuk membina pembangunan kincir angin luar pesisir, menurut Perdana Menteri, Boris Johnson dan syarikat berkenaan kelmarin.

Johnson berkata projek di luar pesisir pantai timur England, melibatkan Iberdrola, subsidiari tenaga Scotland, yang akan membekalkan tenaga yang mencukupi untuk 2.7 juta buah kediaman dan menjana 7,000 peluang pekerjaan.

Projek tersebut masih memerlukan kebenaran perancangan.

Salah satu daripada ‘lapan perjanjian yang jumlah keseluruhannya bernilai 9.7 bilion pound dan berpotensi menjana lebih 30,000 peluang pekerjaan diumumkan secara rasmi di Sidang Kemuncak Pelaburan Global UK untuk mendukung pembangunan hijau, hari ini.

Pengerusi Iberdrola, Ignacio Galan berkata pelaburan akan menjadi ‘langkah signifikan untuk mencapai angin luar pesisir yang mencukupi bagi memberikan bekalan tenaga kepada setiap kediaman di UK menjelang 2030.

Johnson, yang akan menerangkan rancangan bagi Britain untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, berminat untuk mencapai matlamat hijau ketika beliau bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi pemimpin dunia di sidang kemuncak iklim perubahan PBB di Glasgow bulan hadapan. – AFP

Perdana Menteri UK, Boris Johnson semasa berucap pada Sidang Kemuncak Pelaburan Global. Johnson mengumumkan projek yang mampu menjana 30,000 pekerjaan ‘hijau’ di negara itu. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -