Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johor, gerbang untuk syarikat Xinjiang ke pasaran halal ASEAN

    XINJIANG, China, 21 Ogos – Johor boleh menjadi pintu masuk bagi syarikat dari Xinjiang untuk menembusi pasaran halal ASEAN yang menguntungkan.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, lokasinya yang strategik kepada jiran Singapura, memberikan negeri ini daya saing dan menawarkan peluang yang luas di dalam dan di luar negara.

    “Selain itu, Johor sudah mempunyai infrastruktur yang baik selain pensi-jilan Halal sudah diperakui, terutama oleh negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam,” katanya pada dialog perniagaan bersama wakil dari Persatuan Pedagang dan Pengusaha Halal Xinjiang di sini pada hari Jumaat . ASEAN  yang dianggotai 10 anggota kini menawarkan pasaran kepada 600 juta penduduk dengan majoritinya terdiri daripada masyarakat Islam.

    Tee kini mengetuai delegasi 11 anggota yang antara lain terdiri daripada wakil dari  Pusat Pelaburan Negeri Johor, Pelancongan Johor dan Majlis Islam Johor, dalam misi perdagangan ke Wilayah Autonomi China Xinjiang dan Gansu dari 17 hingga 23 Ogos. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda