Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johor pintu masuk udara ke utara Semenanjung

    JOHOR BAHRU, 31 JULAI – Johor dijangka terus menjadi ‘pintu masuk udara’ ke negeri-negeri utara Semenanjung termasuk Pulau Pinang bagi pelancong dari bahagian selatan termasuk negara jiran sebagaimana sebelum pandemik COVID-19 melanda.

    Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See Yew Jin berkata ini memandangkan pihaknya dijangka mampu menerima 1.8 juta penumpang termasuk pelancong luar negara sehingga hujung tahun ini, dengan kekerapan tiga penerbangan setiap hari bagi laluan Pulau Pinang-Johor Bahru mulai April lepas.

    Beliau berkata untuk merancakkan kembali penerbangan di laluan ini, satu perancangan strategik antara Firefly bersama Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Pulau Pinang dan MATTA Johor akan dilakukan.

    “Buat permulaan, kami memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara ketiga-tiga pihak, di mana pelbagai aktiviti dan kempen menarik akan dirancang bagi mempromosikan produk pelancongan di kedua-dua negeri berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda