Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johor runding 20 syarikat tarik pelaburan

    KULAI, 18 OKT – Kerajaan negeri Johor sedang berunding dengan kira-kira 20 syarikat dan perniagaan mengenai pelaburan baharu dan pengembarangan di Johor, dua daripadanya dijangka dimeterai menjelang akhir tahun 2022.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata kedua-dua perjanjian itu akan meningkatkan jumlah pelaburan negeri itu tahun ini melebihi RM60.9 bilion, ia adalah jumlah direkodkan dari Januari hingga Jun 2022.

    Beliau berkata perundingan itu melibatkan dua penggiat pusat data dari Amerika Syarikat (AS) dan Australia yang dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun.– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda