Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johor sasar tanam empat juta pokok menjelang 2025

    MUAR, 2 JAN – Jabatan Perhutanan Negeri Johor menyasarkan penanaman empat juta pokok menjelang 2025, dengan penglibatan setiap lapisan masyarakat di negeri ini dalam usaha menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.

    Pengarahnya Datuk Salim Aman berkata aktiviti penanaman pokok itu adalah selaras dengan Program Penghijauan Malaysia yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap pengekalan hutan, dan tahun ini sebanyak satu juta pokok dijangka dapat ditanam, dalam usaha mencapai sasaran empat juta pokok yang ditetapkan.

    Beliau berkata sebagai permulaan pihaknya akan melibatkan generasi muda yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, agar mereka menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk mengekalkan kehijauan bumi dengan melaksanakan aktiviti penanaman pokok.

    “Selain menanam pokok, pelajar berkenaan juga didedahkan dengan pelbagai jenis pokok hutan seperti meranti, kempas, kundang hutan, saga dan kasai,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada Program Penghijauan Malaysia, Melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok, ‘Hijaukan Bumi, Azam Tahun Baru 2022’ di Kompartmen 8 Hutan Simpan Ayer Hitam Utara di sini, semalam.- Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja