Oleh Zulkamal Haji Kamis Filem baharu terbitan Warner Bros, Joker sebagaimana yang dijangkakan oleh kebanyakan pengkritik berjaya menakluki juara carta pecah panggung sebaik sahaja ia mula ditayangkan. Walaupun filem ini berdepan dengan kontroversi berikutan kebimbangan mengenai gambaran keganasan namun filem R-rated ini telah berjaya meraih kutipan sekitar AS$96 juta hanya di pasaran domestik Amerika Utara.