TOKYO, 31 JULAI – Mahkamah Daerah Tokyo cawangan Tachikawa menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah atas cubaan membunuh dan memulakan kebakaran dalam sebuah kereta api di Tokyo.
Kyota Hattori, 26, disabitkan kesalahan menikam seorang penumpang lelaki berusia 70an dan cubaan membunuh 12 yang lain dengan memulakan kebakaran di dalam kereta api, menurut Jiji Press dan media tempatan lain.
Menurut jurucakap mahkamah, keputusan untuk serangan Halloween 2021 diputuskan oleh pihak mahkamah.
Hattori yang ketika serangan memakai pakaian seperti Joker, dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa dia mahu membunuh orang dan dikenakan hukuman mati.
Dia juga menyatakan sudah menyebarkan cecair pemetik api di dalam kereta api.
Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun, tetapi ia berlaku antaranya seperti pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe tahun lalu.
Pada Ogos 2021, sembilan orang cedera, manakala seorang parah dalam serangan tikaman dalam sebuah kereta api komuter di Tokyo, dengan suspek kemudian menyerahkan diri. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P11-WEB-Freepik-Joker_01082023.jpg)