Thursday, April 18, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Jokic bantu Nuggets menang

    DENVER, 25 OKT – Denver Nuggets menaikkan semangat mereka kelmarin, kemudian menghukum Los Angeles Lakers dengan kemenangan 119-107 yang didorong oleh triple-double daripada Nikola Jokic.

    Jokic mencatatkan 29 mata, 13 rebound dan 11 assist dalam perlawanan pembuka musim NBA. Jamal Murray menambah 21 mata, Kentavious Caldwell-Pope menjaringkan 20 mata, Aaron Gordon mendapat 15 mata dan Michael Porter Jr membuat 12 mata.

    Kesemua pemain utama Lakers juga menjaringkan dua angka, terutamanya LeBron James yang mencipta 21 mata dalam 29 minit masa bermainnya dipantau pada permulaan musimnya yang ke-21.

    Taurean Prince menjaringkan 18 mata dalam penampilan sulungnya untuk Lakers, pasukan kelimanya dalam sembilan musim. Sementara itu, Anthony Davis memperoleh 17 mata, Austin Reaves 14 mata dan D’Angelo Russell 11 mata.

    Dalam perkembangan lain, Devin Booker mencipta layup penentu dengan baki 4:51 minit diikuti dengan jaringan 3-mata untuk mengumpul 32 mata, dan Phoenix menewaskan Golden State dalam perlawanan pembuka musim yang sengit antara dua pasukan hebat dari Divisyen Pasifik.

    Stephen Curry menjaringkan 27 mata untuk memimpin Warriors, Klay Thompson memperoleh 15 mata dan Chris Paul dengan 14 mata dalam penampilan sulungnya pada musim biasa bersama pasukan.

    Kevin Durant dalam perlawanan pertamanya di hadapan peminat Bay Area sejak meninggalkan Golden State selepas Final NBA 2019, memperoleh 18 mata, Josh Okogie menjaringkan 17 mata, dan Jusuf Nurkic memperoleh 14 mata dan 14 rebound. – AP

    Aksi Jokic semasa separuh masa kedua perlawanan NBA pada 24 Oktober di Denver. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ular punca perkhidmatan kereta api Jepun tergendala

    TOKYO, 17 APRIL – Walaupun kelewatan kecil dalam kereta api peluru yang sangat dibanggakan di Jepun adalah jarang berlaku, dan yang lebih luar biasa...