Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jokic catat triple-double keempat

    LOS ANGELES, 29 FEB – Nikola Jokic memperoleh triple-double keempat berturut-turut ketika Denver Nuggets mengatasi Sacramento Kings 117-96 dalam pertembungan Western Conference NBA mereka kelmarin.

    Bekas Pemain Paling Berharga NBA dua kali, Jokic menamatkan permainan dengan 14 mata, 14 rebound dan 11 assist untuk meraih triple-double beliau yang ke-19 musim ini.

    Bintang Serbia itu telah bersaing dalam pertarungan menarik dengan pemain Sacramento, Domantas Sabonis, yang sendiri berada dalam prestasi cemerlang sejak rehat All-Star dengan tiga triple-double berturut-turut.

    Tetapi Sabonis telah berjaya dikawal oleh Denver ketika Nuggets melancarkan rali suku kedua yang hebat untuk memulihkan permainan selepas ketinggalan 15 mata.

    Sacramento, yang kehilangan pemain utama, De’Aaron Fox akibat kecederaan, telah mendahului 47-32 untuk meningkatkan harapan bagi kemenangan yang meningkatkan semangat.

    Denver bagaimanapun bangkit dengan larian 21-4 untuk mendapatkan semula kawalan dengan Jamal Murray, yang menamatkan permainan dengan 32 mata, cemerlang ketika Nuggets membuka kelebihan 65-55 pada separuh masa rehat. – AFP

    Aksi Jokic bersaing dengan penyerang Sacramento Kings, Trey Lyles semasa separuh masa pertama perlawanan NBA pada 28 Februari di Denver. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda