Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Jokic pimpin Nuggets atasi Lakers

    LOS ANGELES, 21 APRIL – Juara bertahan Denver Nuggets, yang dipimpin Nikola Jokic yang menjaringkan 32 mata, menewaskan Los Angeles Lakers dengan keputusan 114-103 dalam perlawanan pertama playoff NBA kelmarin.

    The Nuggets, yang menewaskan Lakers dalam empat perlawanan pada pusingan akhir Western Conference dalam perjalanan untuk merangkul kejuaraan pertama musim lalu, meneruskan penguasaan mereka ke atas Los Angeles yang kalah dalam ketiga-tiga pertemuan mereka.

    Perlawanan itu merupakan penamat bagi hari pertama playoff, yang menyaksikan Minnesota Timberwolves menewaskan Phoenix Suns 120-95, New York Knicks menewaskan Philadelphia 76ers 111-104 dan Cleveland Cavaliers menewaskan Orlando Magic 97-83.

    Di Denver, Jokic menambah 12 rebounds dan tujuh assists, Jamal Murray menambah 22 mata dengan 10 assists dan Michael Porter Jr menjaringkan 19 mata untuk Nuggets, yang meneruskan keputusan mendahului 13-0 untuk mengawal permainan pada suku ketiga di mana mereka mengehadkan Lakers kepada 18 mata.

    James menjaringkan 32 mata dan meraih 14 rebounds dan Anthony Davis menambah 27 mata untuk Lakers, yang ketinggalan 15 mata pada awal suku keempat kepada enam hanya untuk Nuggets menjarakkan mata sekali lagi.

    Satu-satunya tiga mata Jokic pada perlawanan itu melonjakkan pendahuluan Nuggets kepada 103-93. Dia menambah satu dunk ke atas James yang jatuh teruk ketika berbaki seminit tetapi kekal dalam permainan hingga ke akhir. – AFP

    Aksi Jokic (kiri) semasa perlawanan pertama playoff NBA Western Conference di Ball Arena di Denver, Colorado pada 20 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...