Wednesday, December 18, 2024
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jokowi akan rombak kabinet menjelang pilihan raya 2024

    JAKARTA, 9 OKT – Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo sedang merancang rombakan kabinet yang boleh menjadi kali terakhir bagi jawatan presidennya di tengah-tengah perubahan landskap politik menjelang pilihan raya umum tahun depan.

    Sehari selepas ahli politik Parti NasDem, Syahrul Yasin Limpo meletak jawatan sebagai menteri pertanian berhubung siasatan dakwaan rasuah di kementerian itu, Presiden berkata pada hari Jumaat bahawa beliau akan merombak kabinetnya ‘secepat mungkin’ dan melantik pengganti muktamad Syahrul.

    Jokowi telah, untuk sementara, menamakan pengerusi Agensi Makanan Negara, Arief Prasetyo Adi sebagai pemangku menteri pertanian.

    Memandangkan rombakan yang akan datang mungkin merupakan yang terakhir Jokowi, penganalisis Ujang Komarudin meramalkan bahawa Presiden akan menggunakannya untuk menyatukan kuasa.

    “Rombakan seterusnya akhirnya boleh bermuara kepada strategi untuk bertindak balas kepada konstelasi politik semasa menjelang pilihan raya presiden tahun depan,” kata Ujang.

    Ketika pilihan raya presiden Februari 2024 yang semakin hampir, gabungan parti yang menyokong pentadbiran Jokowi telah menyaksikan beberapa ahli beralih taat setia kepada calon presiden pembangkang.

    Dua parti pro-kerajaan, NasDem yang diketuai oleh mogul media Surya Paloh, dan Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) iaitu parti berasaskan Islam terbesar di negara ini, telah menjalin pakatan pilihan raya dengan parti pembangkang Partai Keadilan Sejahtera (PKS) untuk menyokong bidaan presiden Anies Baswesan, yang dilaporkan tidak mempunyai hubungan baik dengan Presiden.

    Kata penganalisis, perkara itu mencadangkan kemerosotan pengaruh Jokowi ketika penghujung jawatan presidennya semakin hampir. – ANN/The Jakarta Post

    “Jika timbul isu segera cari penyelesaian, dan sekiranya berlaku salah faham, jelaskan dengan rakyat, terutamanya dengan mengambil kira perjanjian sedia ada berhubung pampasan,” kata Presiden Indonesia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda