JAKARTA, 15 MAC – Presiden Indonesia Joko Widodo membuat lawatan bermalam di ibu negara masa depan negara itu, katanya pada media sosial hari ini, bergambar di dalam hutan di tapak bandar baharu itu.
Negara itu bersedia untuk memindahkan ibu negara dari Jakarta yang padat ke Nusantara, dalam projek mega yang menerima kritikan daripada para pencinta alam sekitar yang mendakwa bahawa ia boleh merosakkan ekosistem di rantau tersebut.
“Selamat pagi, bagaimana rasanya bermalam di lokasi Nusantara? Udara dingin dan cuaca cerah malam tadi,” Widodo memuat naik di Instagram, memberi kapsyen pada gambar presiden itu duduk di depan khemahnya.
Pada Isnin, Widodo dan gabenor-gabenor dari seluruh negara merasmikan tapak berkenaan dengan satu upacara di mana mereka membawa tanah dan air dari rantau masing-masing dan mencampurkannya untuk melambangkan perpaduan negara itu. – AFP