Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Jokowi: hubungan teguh mampu pacu ASEANjadi kuasa ekonomi

-

JAKARTA, 22 NOV – Kerjasama ASEAN-China pada masa depan perlu tertumpu kepada peralihan ekonomi, tenaga dan digital untuk menjadikan rantau itu sebagai kuasa ekonomi, kata Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Untuk mencapai matlamat itu, ASEAN dan China mempunyai tanggungjawab bagi mewujudkan rantau yang aman dan stabil, katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-China sempena memperingati ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China.

Bagaimanapun, katanya hubungan teguh antara ASEAN dan China memerlukan kerja keras dan kepercayaan untuk membina perkongsian yang lebih utuh dan saling menguntungkan dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Saling mempercayai ini boleh direalisasikan jika kita semua menghormati undang-undang antarabangsa,” katanya. Jokowi yang berucap secara maya dari Istana Presiden di sini pada Isnin berkata beberapa kerjasama konkrit dalam tempoh 30 tahun lepas telah pun wujud, termasuk dalam sektor ekonomi.

Beliau berkata China telah menjadi rakan dagang terbesar ASEAN sejak 12 tahun lalu.

Nilai dagangan berjumlah AS$8.36 bilion pada 1991 dan mencecah lebih AS$685.28 bilion tahun lepas, peningkatan 82 kali ganda dalam tempoh kurang 30 tahun.

Jumlah pelaburan kumulatif dua hala pula melebihi AS$310 bilion sejak 30 tahun lalu, menjadikan China sumber keempat terbesar pelaburan langsung asing dalam kalangan semua rakan dialog ASEAN, kata Jokowi. – Bernama

Jokowi semasa menghadiri sidang maya Dialog ASEAN-China. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -