WASHINGTON, 14 NOV – Presiden Indonesia Joko Widodo meminta rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk campur tangan dan menghentikan konflik serta kekejaman yang sedang berlaku di Gaza, Palestin. “Ini adalah isu yang sangat menyayat hati untuk umat manusia,” katanya kepada Biden dalam pertemuannya di Rumah Putih pada Isnin, menurut kenyataan Sekretariat Presiden.