Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jokowi pecat ketua polis, tentera jika kebakaran besar berlaku

    JAKARTA, 8 FEB – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini menggesa pegawai polis dan tentera supaya bersiap sedia menghadapi kebakaran hutan menjelang musim kemarau El Nino.

    Widodo memberi amaran kepada ketua-ketua polis dan tentera di beberapa wilayah yang mana mereka akan dipecat jika kebakaran besar bermula.

    “Jika kebakaran berlaku di kawasan awda dan ia tidak ditangani dengan baik, awda akan diberhentikan kerja,” kata Jokowi pada pertemuan bersama para pemimpin polis dan tentera di Jakarta.

    Amaran sedemikian telah diumumkan oleh Jokowi pada 2016 dan beliau mengulanginya semula pada 2018.

    Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan Indonesia akan mengalami fenomena El Nino atau fasa cuaca kering bermula Februari lalu atau awal Mac hingga pertengahan tahun dan ia akan menjadi musim paling kering sejak 2019. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda