Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jokowi rasmi majlis pecah tanah Hab Super Logistik

    JAKARTA, 17 JAN – Presiden Joko Widodo (Jokowi) merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Hab Super Logistik Nusantara Pos Indonesia yang bertujuan untuk mengukuhkan rantaian bekalan domestik.

    “Saya menyokong pelancaran super hab ini yang merupakan kerjasama antara Pos Indonesia dan PT Bina Karya di IKN Nusantara,” katanya hari ini.

    Beliau berkata projek yang terletak di Daerah Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur itu akan menyokong Nusantara sebagai ibu kota baharu (IKN) sebagai hab super dengan perkhidmatan logistik, kata Jokowi.

    Presiden berkata projek itu diharapkan dapat menyumbang secara signifikan untuk mengukuhkan rantaian bekalan domestik bukan sahaja di IKN tetapi juga di beberapa wilayah di Indonesia, lapor agensi berita, ANTARA.

    “Ini berdasarkan kepadatan aktiviti di situ dan peningkatan mobiliti serta pergerakan barangan keluar dan masuk ke IKN…,” katanya.

    Presiden Pengarah syarikat perkhidmatan pos kendalian kerajaan (PT Pos Indonesia), Faisal Rahmad Jumadi berkata pembinaan hab itu membabitkan nilai pelaburan sekitar AS$22.36 juta.

    Beliau berkata bajet itu tertumpu kepada membina hab logistik hijau yang dilengkapi dengan teknologi canggih antaranya robotik dan kenderaan elektrik. – Bernama

    Gambar ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...