Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jokowi rasmi pelabuhan baharu pacu kecekapan logistik

    JAKARTA, 22 FEB – Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi hari ini merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia ketika dunia berdepan persaingan yang sengit.

    Bercakap pada majlis itu, beliau menekankan mengenai keperluan untuk menangani kos logistik negara yang tinggi yang telah menyaksikan penurunan daripada 24 peratus kepada 14 peratus sejak sedekad lalu disebabkan peningkatan kecekapan.

    “Mereka yang mempunyai kecekapan yang baik adalah mereka yang menang permainan, jadi mereka jugalah yang akan memenangi pertandingan,” kata Jokowi.

    Pelabuhan itu yang kedua terbesar selepas Tanjung Priok di Jakarta, membabitkan pelaburan sebanyak 5.4 trilion rupiah bersamaan dengan AS$345.81 juta.

    Dengan kedalaman 16 meter, pelabuhan itu berupaya mengendalikan kapal kontena yang besar.

    Beliau turut memuji pengurangan masa menunggu yang tidak melebihi tiga hari dan kapasiti pelabuhan sehingga 2.5 juta unit bersamaan 20 kaki itu meletakkan pelabuhan berkenaan mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekali gus meningkatkan daya saing negara.

    “Inilah kekuatan, potensi yang terus kita tingkatkan agar daya saing kita menjadi lebih baik berbanding negara lain,” tambah Jokowi. – Bernama

    Jokowi berucap semasa perasmian Hospital Pusat Pertahanan Nasional (RSPPN) di Jakarta pada 19 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...