JAKARTA, 29 April – Presiden Joko Widodo yang mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Presiden 2019, selesa mendahului lawannya Prabowo Subianto dengan kelebihan 9.6 juta undi, selepas proses pengiraan undi kini mencapai 50.5 peratus. Pemerhati politik melihat kelebihan peratusan undi yang diterima Jokowi setakat ini memudahkan beliau mempertahankan jawatan Presiden Indonesia untuk penggal 2019-2024. –