Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jokowi tekad wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah

    JAKARTA, 30 JULAI – Presiden Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah, lapor ANTARA.

    Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Nasional (Polri) untuk membincangkan laporan mengenai isu keselamatan di Nusantara, hari ini.

    “Presiden mahu Nusantara menjadi ibu negara yang selamat dan bebas jenayah,” kata Timbalan Protokol, Akhbar dan Media di Sekretariat Presiden, Yusuf Permana dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Jakarta kelmarin.

    Jokowi juga dijadual mengadakan mesyuarat bersama pegawai-pegawai kanan termasuk Panglima Komando Wilayah VI/MLW, Ketua Polis wilayah Kalimantan Timur, Panglima Komando Wilayah 091/ASN dan Tentera Penajam Paser Utara di Nusantara.

    “Pada masa yang sama, (beliau) akan mengadakan mesyuarat bagi mendapatkan laporan mengenai perkhidmatan dan perlindungan untuk masyarakat, penguatkuasaan undang-undang serta peningkatan kestabilan dan keselamatan di Nusantara dan kawasan sekitar,” kata Yusuf.

    Jokowi mula bekerja dari Istana Garuda di Nusantara kelmarin.

    Presiden itu juga bercadang untuk mengadakan mesyuarat Kabinet di Istana Garuda selepas semua menteri yang sedang bertugas di luar negara pulang ke tanah air. – Bernama

    Joko Widodo menunggang motosikal di ibu kota baharu Nusantara di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Indonesia pada 28 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda