Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Jokowi: Tembak penyeludup dadah yang menentang

    JAKARTA, 23 Julai – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) telah mengarahkan polis supaya menembak penyeludup dadah yang melawan ketika ditahan dalam usaha terbaru untuk membasmi penggunaan dadah di negara itu.

    Dalam satu ucapan kepada salah satu parti politik di Indonesia lewat Jumaat, Jokowi menggesa penguat kuasa undang-undang supaya bertindak keras ke atas pengedar dadah di Indonesia.

    “Bersikap tegas. Terutamanya kepada pengedar dadah asing yang memasuki negara: Jika mereka melawan, tembak mereka,” kata Jokowi.

    Agensi Narkotik Indonesia mencatat 6 juta penagih dadah di gugusan kepulauan daripada 255 juta penduduk, satu situasi yang dilabel oleh presiden sebagai ‘kecemasan dadah’.

    Namun kata-kata Jokowi menerima kritikan daripada aktivis hak asasi manusia.

    Andreas Harsono, penyelidik Indonesia daripada Pemerhati Hak Asasi Manusia mengecam perintah tersebut.

    “Kenyataan presiden seperti itu boleh dianggap sebagai satu kebenaran untuk menembak tanpa prosedur yang betul,” beritahu Harsono kepada AFP hari ini, menambah penguat kuasa undang-undang harus bersikap hati-hati dan mematuhi undang-undang.

    Indonesia mengenakan hukuman keras ke atas penyeludupan dadah, dengan penyeludup yang membawa lima gram atau lebih akan dikenakan hukuman mati. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -