Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Jokowi uji kereta api berkelajuan tinggi

    JAKARTA, INDONESIA, 13 SEPT – Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini menguji kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara, projek utama di bawah inisiatif infrastruktur Jalur dan Jalan, China.

    Projek bernilai A$7.3 bilion itu, dibiayai sebahagian besarnya oleh China, menghubungkan ibu kota, Jakarta dan Bandung, ibu kota wilayah Jawa Barat yang padat penduduk.

    Ia akan memulakan operasi komersial pada 1 Oktober dan bakal mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar itu daripada tiga jam kepada kira-kira 40 minit.

    Landasan kereta api sepan-jang 142.3 kilometer (km) itu dibina oleh PT Kereta Cepat Indonesia-China (PT KCIC), usaha sama antara konsortium empat syarikat milik kerajaan Indonesia dan China Railway International Co Ltd. Syarikat usaha sama itu berkata bahawa kereta api tersebut akan menjadi yang terpantas di Asia Tenggara, dengan kelajuan sehingga 350kmsj.

    Widodo melawat stesen pertama kereta api itu, Halim KCBJ di timur Jakarta, dan kemudian menaiki kereta api buatan China itu ke stesen Padalarang di Bandung, salah satu daripada empat stesen kereta api itu, dalam masa kira-kira 25 minit, sebelum menaiki kereta api pengantara ke pusat bandar Bandung. – AP

    Reaksi Presiden Indonesia Joko Widodo selepas kelajuan mencecah 351kmsj di dalam kereta api berkelajuan tinggi semasa ujian di Jakarta, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Banjir kilat bunuh 8, 23 askar hilang

    NEW DELHI, 5 OKT - Hujan lebat secara tiba-tiba mencetuskan banjir kilat kelmarin di timur laut India yang membanjiri beberapa bandar, menghanyutkan sebuah jambatan...