Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jokowi undang Zelensky, Putin ke sidang kemuncak G20

    JAKARTA, 29 APRIL – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah diundang menghadiri sidang kemuncak kumpulan G20 pada November, yang juga akan dihadiri oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin, menurut presiden negara penganjur, Indonesia, hari ini.

    “Saya telah menjemput Volodymyr Zelensky untuk menghadiri sidang kemuncak G20,” kata Joko Widodo, memberi bayangan kompromi telah dicapai berikutan desakan Barat untuk menggantungkan Rusia daripada acara sebagai respons kepada pence-robohannya ke atas Ukraine.

    Putin mengesahkan melalui panggilan telefon bersama Widodo bahawa dia akan menghadiri sidang kemuncak tersebut, yang akan diadakan di Pulau Bali, menurut pemimpin Indonesia itu melalui ucapan secara penstriman.

    Rusia merupakan anggota G20, sementara Ukraine tidak termasuk dalam kumpulan tersebut.

    Sejak perang meletus di Ukraine, Indonesia berdepan desakan kuat daripada negara-negara barat, diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), untuk menggantung penyertaan Rusia daripada sidang kemuncak itu.

    Tetapi Jakarta menegaskan bahawa sebagai penganjur, ia mesti kekal mengamalkan dasar tidak berbelah bahagi, sementara Presiden AS, Joe Biden memberi cadangan Ukraine boleh menyertai persidangan tersebut.

    Zelensky mengumumkan melalui Twitter bahawa dia dijemput ke sidang kemuncak itu oleh Indonesia pada Rabu, selepas berhubung dengan Widodo. – AFP

    Volodymyr Zelensky dan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres bergambar di Kyiv. Zelensky telah diundang untuk menyertai sidang kemuncak kumpulan G20 pada November oleh Presiden Indonesia, Jokowi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda