Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jollibee rai pemenang cabutan bertuah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 DIS – Rezeki anak, itulah yang diluahkan oleh Dayang Amal Nabihah binti Ahmad penuh kesyukuran setelah memenangi sebuah kereta KIA Seltos GTLX baharu apabila diumumkan sebagai pemenang utama Kempen Cabutan Bertuah Jollibee sempena Ulang Tahun 35 Jollibee Brunei, hari ini.

    Seramai 16 orang pelanggan telah tersenarai untuk menghadiri majlis cabutan utama dan penyampaian hadiah yang berlangsung di The Mall, Gadong.

    Semasa ditemui, Dayang Amal Nabihah berkata, dalam banyak-banyak resit pembelian di Jollibee semasa kempen berlangsung, hanya satu resit saja dihantar semasa membuat pembelian Chickenjoy di cawangan Jollibee Kiulap pada November lalu.

    “Semasa dihubungi oleh pihak Jollibee, hanya menyangka memenangi hadiah Chickenjoy bucket tapi setelah melihat di media sosial Jollibee terkejut apabila terpilih menjadi salah seorang pelanggan bertuah daripada 16 nama yang lain,” kongsinya.

    Beliau yang ditemani oleh anak perempuannya yang berumur tiga tahun naik ke pentas, berharap untuk menjadi pemilik kereta berkenaan dan sebaik saja sampul untuk hadiah baucar daripada Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) bernilai $1,000 diumumkan, rasa syukur dan gembira kerana harapan untuk menjadi pemilik kereta berkenaan jadi kenyataan.

    Awang Abdul Razak dan keluarga serta para pemenang bergambar ramai semasa majlis berkenaan.

    Kempen berkenaan turut menyaksikan lima pelanggan bertuah membawa pulang baucar penerbangan RB bernilai $1,000 dan 10 pelanggan bertuah lagi membawa pulang Apple Watch Series.

    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Entrek (B) Sdn Bhd (Jollibee Brunei), Awang Abdul Razak bin Mohammad Hassan dan isteri, Dayang Norazimah binti Haji Raub dan Awang Abdul Hakeem bin Abdul Razak.

    Turut hadir menyaksikan penyampaian hadiah itu ialah Ketua Perniagaan Negara Jollibee, Christina Ward.

    Majlis juga dimeriahkan dengan beberapa permainan untuk kanak-kanak dan penampilan maskot Jollibee yang menjadi kegemaran kanak-kanak.

    Kempen yang bermula pada 29 Ogos hingga 10 Disember itu adalah bagi pelanggan yang membeli Chickenjoy.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda