Friday, April 11, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom bantu derma darah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kempen-kempen derma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam.

    Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen berkenaan esok di Dewan Serba Guna, Tingkat 3, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar bermula pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi.

    Pada 26 Julai, ia akan diadakan di Function Room, Tingkat 2, The One Batu Satu, Bandar Seri Begawan bermula 10 pagi hingga 2 petang, manakala itu, pada 27 Julai di Tingkat 1, The Core Residential College, Universiti Brunei Darussalam bermula pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1 petang hingga 3 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda