Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom ke Pesta Pengguna CF27

    Oleh Yusrin Junaidi

    Gambar oleh Bahyiah Bakir

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Pesta Pengguna (CF) ke 27 yang dinanti-nantikan telah membuka tirainya bermula hari ini hingga 18 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Perasmian pesta tahunan bagi edisi ke-27 itu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, turut sama hadir ialah Penasihat D’Sunlit Sdn Bhd, Pengiran Haji Salleh Ab-Rahaman dan Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting.

    Pesta Pengguna tahun ini yang membawa tema ‘Bold and Curious’ menawarkan pelbagai produk yang menarik dan juga perkhidmatan dari pelbagai syarikat terkemuka di negara ini.

    Untuk makluman, Pesta Pengguna itu dibukakan bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala hari Jumaat ditutup pada pukul 12 tengah hari dan dibukakan semula pada pukul 2 petang.

    Orang ramai semasa mengunjungi CF27 di ICC, Berakas.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda