Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom menderma darah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kementerian Kesihatan memohon bantuan orang ramai untuk sama-sama meningkatkan bekalan darah kerana stok darah di negara ini di tahap yang rendah.

    Kementerian itu dalam kenyataannya, hari ini, menjelaskan, orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung terus Pusat Pendermaan Darah atau tabung-tabung darah di semua hospital semasa waktu operasi bulan Ramadan.

    Pusat Pendermaan Darah juga mengingatkan kepada individu-individu yang berpuasa adalah tidak disarankan untuk menderma darah di siang hari.

    Oleh itu, bagi mereka yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung ke Pusat Pendermaan Darah pada sebelah malam pada 30 Mac atau pada 1 April bermula jam 8 hingga 10 malam manakala waktu pendaftaran berakhir pada jam 9:30 malam.

    Sehubungan dengan ini juga, Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM), Temburong, akan mengadakan kempen derma darah di Bilik Serbaguna, Unit Radiologi, hospital berkenaan pada 30 Mac bermula 8 hingga 9:30 malam.

    Kempen berikutnya adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.

    Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda