Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom menderma darah di JBBSB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) akan menganjurkan kempen derma darah sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan kali ke-52 tahun 2022.

    Kempen yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu akan diadakan pada 26 Oktober dari pukul 8:30 pagi hingga 11 pagi di Aras Bawah, Bangunan JBBSB.

    Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk memberi sokongan dan keprihatinan kepada masyarakat dalam menyumbangkan seterusnya beramal dengan cara menyertai kempen berkenaan dan menambah stok darah di hospital berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda