Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom meriahkan kempen-kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah dengan terlibat sama dalam kempen-kempen menderma darah.

    Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 29 Julai di Tingkat 1, Pusat Membeli-belah Onecity bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2:30 petang, pada 30 Julai di Lantai Bawah, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan anjuran Jolibee Brunei jam 10 pagi hingga pukul 2:30 petang, pada 31 Julai di Kompleks Membeli-belah Mabohai bermula 10 pagi hingga pukul 2:30 petang dan pada 3 Ogos di Tingkat 1, Little Soho, Batu Bersurat anjuran Laneige bermula 10 pagi hingga pukul 2:30 petang.

    Orang ramai juga dialu-alukan untuk terus datang ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 hingga 3:30 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda