Monday, February 3, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom Raya SR Panaga meriah

    Oleh Daniel Lim

    KUALA BELAIT, 26 JUN – Dalam memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sekolah Rendah Panaga (SR Panaga), Seria, telah mengadakan Jom Raya SR Panaga di perkarangan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan bagi para pelajar, guru serta ibu bapa dan penjaga pelajar itu dihadiri oleh Pengetua SR Panaga, Dayang Rabizah binti Haji Ibrahim, Timbalan Pengetua, Awang Den Fadly bin Jawawi serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SR Panaga, Haji Zulkarman bin Haji Bakar.

    Awang Den Fadly dalam ucapan ringkasnya menjelaskan bahawa sambutan yang membawa tema ‘Balik Kampung’ itu mengenang kembali asas penting sambutan iaitu berhimpun dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga.

    Oleh itu, tambah beliau, acara berkenaan diharap akan dapat mengeratkan hubungan antara semua warga sekolah pada masa yang sama berhibur dengan pelbagai aktiviti yang diadakan.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa majlis itu termasuk ‘I Pakaikan U, You Pakaikan Me’ di mana para peserta bertukar-tukar kostum selain pelbagai persembahan seperti nyanyian dan tarikan oleh para pelajar dan guru serta cabutan bertuah.

    Di samping itu, para pelajar juga menerima kupon makanan bagi mereka memilih makanan yang diinginkan.

    Menerusi sambutan itu, pihak sekolah berharap para pelajar, guru serta ibu bapa dan penjaga dapat berhibur bersama sebagai warga sekolah dalam suasana meriah Hari Raya Aidilfitri.

    Salah satu persembahan yang menyerikan suasana Sambutan Hari Raya SR Panaga.
    Beberapa pelajar yang teruja menunggu hidangan yang sedang disediakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda