Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 12 Jun di Ibu Pejabat AIA, Pavo Point, Bandar Seri Begawan anjuran AIA Brunei bermula pukul 10 pagi hingga pukul 3 petang.

    Manakala itu, pada 13 dan 15 Jun, kempen akan diadakan di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2024 bermula pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3 petang.

    Di samping itu, Tabung Darah Hospital Suri Seria Begawan (SSB), Kuala Belait juga akan mengadakan kempen derma darah pada 15 Jun di Blok R, Dewan Kuliah, Hospital SSB sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2024 bermula pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Orang ramai juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Fail Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...